ネフォフィル
D'Owner
What's Happening?

Haania (not my real name). 21 years old. Still struggling to finish my degree. Pray for me >_<

Chit Chat
Talk to much



History
Check it out!
Pertemuan
Palestin Butala Ujian
Mega
Musafir Buana (Part 1)


Credit
The Cretive!

© 2013 - Full Template by Arrien Amani and someone help me is Mayra and Inficon . Edit by HAANIA.


Rencana
Tuesday, November 22, 2022 | 0 Comments

Sambutan Perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina di Malaysia

Oleh: Azizah binti Mad Sapi

 

Kita semua sedia maklum bahawa rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap kaum mempunyai hari perayaan untuk disambut. Perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina menjadi perayaan besar di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kedua-dua perayaan ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.

 

Pertama, Hari Raya Aidilfitri disambut oleh masyarakat beragama Islam. Perayaan ini disambut pada bulan Syawal.  Sebagai contoh, mereka akan memakai pakaian baru, memasang pelita dan melaksanakan solat sunat Aidilfitri. Kesimpulannya, perayaan ini disambut dengan sangat meriah.

 

Berikutnya ialah amalan berkumpul bersama saudara-mara. Mereka saling bermaaf-maafan pada Hari Raya Aidilfitri. Sebagai contoh, mereka menziarahi saudara-mara dan menjamu makanan tradisional seperti ketupat dan lemang. Kesimpulannya, perayaan ini mampu mengeratkan silaturahim sesama masyarakat

 

Perayaan kedua ialah Tahun Baru Cina yang disambut oleh masyarakat Cina. Upacara makan besar dan pemberian ang pow dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, makanan tradisional yang dinikmati ialah yee sang dan limau Mandarin. Tuntasnya, perayaan ini dapat mengumpulkan semua saudara-mara mereka.

 

Tambahan pula, tarian singa merupakan tarikan utama perayaan Tahun Baru Cina. Ini merupakan tarian tradisional masyarakat Cina. Sebagai contoh, penari akan meniru pergerakan dan memakai kostum singa. Oleh itu, mereka yakin tradisi ini mampu mendatangkan tuah.

 

Akhir kata, sambutan perayaan ini adalah sangat meriah. Perayaan ini dapat disambut oleh pelbagai masyarakat. Warisan tradisi kaum dapat dikekalkan sekiranya perayaan ini terus disambut. Penglibatan masyarakat mampu mengeratkan hubungan masyarakat berbilang kaum.


 


 


 



 






Musafir Buana (Part 1)
Friday, August 27, 2021 | 0 Comments



Tanya hati
sudahkah aku sedia?
sedia bertemu Sang Pencipta
sedia menerima buku amalan
yang masih belum ku tahu kiri atau kanan

Persoalan ini bermain di minda
seorang manusia yang bergelar musafir buana
kerana aku tahu buana ini sementara
bakal musnah apabila tiba masanya

Apabila buana semakin tiba penghujungnya
atma yang dulunya tenang bertukar nestapa
melihat gelagat manusia yang kini jentaka
dibiar lalai dengan kesibukkan kota

Biar tinta ini berbicara
sebagai nasihat si musafir buana
yang bertatih membaiki seorang hamba
demi bekalan di hari sana

HAANIA
27 Ogos 2021










Mega
Monday, August 23, 2021 | 0 Comments



Mega
apa khabar engkau di sana
terapung sepi di langit biru
bagai kabus yang tidak tercapai

Apabila masa berlalu pergi
engkau juga tidak kekal setia
dibawa angin dingin sebagai teman
adakala engkau hilang begitu sahaja

Begitulah manusia
tiada yang kekal selamanya
mereka juga mampu berlalu pergi
adakala hilang tidak tercari

Janganlah terus berduka
kerana mega tidak selamanya menitiskan hujan
pasti ada bianglala indah menanti 
sebagai peneman di kemudian hari

HAANIA
23 Ogos 2021











Syair Palestin Butala Ujian
Friday, August 6, 2021 | 0 Comments


Tersebutlah kisah menyayat hati
regim zionis tiada simpati
ujian palestin tidak terperi
zamin mereka kini dicuri

Beribu jelata bergelar syuhada
bom dibedil terus berganda
seribu satu kekuatan di sana
gagah berdiri sebagai palestina

Rumah dimusnah rejim zionis
mereka tersenyum penuhlah sinis
bertukar tangan baitulmaqdia
kerana yahudi penuh prejudis

Waadat damai terus dikhianati
penaka pengajaran harus diingati
perbuatan ini sungguh keji
kesabaran palestina terus diuji

Zamin palestin butala ujian 
ketabahan mereka dapat pujian
semoga jihad jadi bekalan
syurga tempatmu tiada sesalan

Senjata doa kami kirimkan
agar kezaliman mampu dihapuskan 
bangunlah umat akhir zaman
bantu palestina capai kemenangan

HAANIA
21  Mei 2021




Pertemuan
Thursday, August 5, 2021 | 0 Comments




Langit biru menjadi saksi
penyatuan hati yang tidak lagi beerti
adakah ini sekadar coretan hati
aku sendiri tidak pasti

Ceritera lalu
sangat perit untuk diungkap
penaka atma kini nestapa
ditusuk dengan segala memori duka
yang sentiasa manis sebagai kenangan

Apa khabar engkau di sana
adakah sedang bergembira
atau sedang berduka?
tidak lagi aku ketahui

Tarbaring aku melihat langit
yang semakin gelap setelah senja
hingga angin lembut menyapa pipi
turut membawa pergi kisah lalu

Pertemuan di kemudian hari 
penaka bayang-bayang tanpa tuan
pertemuan yang hadir tanpa sebarang erti
kerana kita sudah asing di mata dunia

HAANIA
5 Ogos 2021