Sambutan Perayaan Hari Raya
Aidilfitri dan Tahun Baru Cina di Malaysia
Oleh: Azizah binti Mad Sapi
Kita semua sedia
maklum bahawa rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap kaum
mempunyai hari perayaan untuk disambut. Perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri
dan Tahun Baru Cina menjadi perayaan besar di Malaysia. Sehubungan dengan itu,
kedua-dua perayaan ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Pertama, Hari
Raya Aidilfitri disambut oleh masyarakat beragama Islam. Perayaan ini disambut
pada bulan Syawal.Sebagai contoh,
mereka akan memakai pakaian baru, memasang pelita dan melaksanakan solat sunat
Aidilfitri. Kesimpulannya, perayaan ini disambut dengan sangat meriah.
Berikutnya ialah
amalan berkumpul bersama saudara-mara. Mereka saling bermaaf-maafan pada Hari
Raya Aidilfitri. Sebagai contoh, mereka menziarahi saudara-mara dan menjamu
makanan tradisional seperti ketupat dan lemang. Kesimpulannya, perayaan ini
mampu mengeratkan silaturahim sesama masyarakat
Perayaan kedua
ialah Tahun Baru Cina yang disambut oleh masyarakat Cina. Upacara makan besar
dan pemberian ang pow dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, makanan
tradisional yang dinikmati ialah yee sang dan limau Mandarin. Tuntasnya,
perayaan ini dapat mengumpulkan semua saudara-mara mereka.
Tambahan pula,
tarian singa merupakan tarikan utama perayaan Tahun Baru Cina. Ini merupakan
tarian tradisional masyarakat Cina. Sebagai contoh, penari akan meniru
pergerakan dan memakai kostum singa. Oleh itu, mereka yakin tradisi ini mampu
mendatangkan tuah.
Akhir kata,
sambutan perayaan ini adalah sangat meriah. Perayaan ini dapat disambut oleh
pelbagai masyarakat. Warisan tradisi kaum dapat dikekalkan sekiranya perayaan
ini terus disambut. Penglibatan masyarakat mampu mengeratkan hubungan
masyarakat berbilang kaum.

READ THIS FIRST Ex-Changed Links now OPEN Put mine First! Tell me at my cbox that you want to ex-changed link with me. You delate me, I delate you back!! araseo?? ^_^
Post a Comment